Saturday, January 12, 2013

Resepi Kek Batik Mudah / Resepi Ikan Singgang Aye @ Tongkol / Resepi Karipap Keledek Sedap @ Kurmapap :)

 
Panjang gila tajuk entry mak pagi ni !!!
Hahahaha....
 
Tak pernah-pernah update blog di pagi Sabtu, tapi hari ini mak update ok :)
Pinggan masak memasak tak basuh lagi penuh dalam sinki tu haa!
Tak pe, own sweet time, so mak nak update dolu le.
 
Entry kali ni memang marathon masak-masak semalam dan pagi ini.... :)
Bila mak masak-masak. memang sah la idak diet!!
Kwang-kwang.
Seniri ingat la.....
 
Petang semalam, mak wat kek batik milo.
Entah apa demam ntah la !!
Plannya nak makan-makan sambil tengok maharaja lawak mega malam tadi :))
Memang gila..... tak ingat langsung akan berat badan yang menakutkan tuh!!
Huhu....
Alasan lain buat kek batik ni adalah sebab nak habiskan stok butter yang ada.
Hihihi......
 
Kali ni, resepi bukan resepi yang mak selalu buat.
Saja mencari kelainan tekak....
Jadi, hasil carian gugel, mak berkenan untuk try resepi dari blog dapur Malaysia.
Sempoi btul caranya.
Komen mak ---- sedap.
Tapi dia agak kurang lembab dari resepi kebiasaan mak tu.
Mungkin kerana guna butter separuh je instead of seketul....
Ok lah kan.... sebab less fat sket.
Hihihi
Ni lah rupanya sebelum kek batik mak ni dimasukkan ke dalam peti sejuk.
 
 
 
 
Resepi kek batik mudah ni. Source - http://dapurmalaysia.com/resepi-kek-batik/
 
250 g biskut marie – patah 2
150 g butter
1 cawan milo (MAK GUNA SERBUK MINUMAN COKLAT DUTCH LADY)
5 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar esen vanilla
1/2 tin susu pekat manis
1/2 cawan air
4 biji telur
 
Cara-cara :-
  1. Campurkan milo, serbuk koko, esen vanilla, susu pekat, air dan telur di dalam periuk. Kacau sehingga sekata dan panaskan dengan api yang perlahan.
  2. Masukkan butter ke dalam periuk dan kacau sehingga adunan menjadi pekat. Kemudian tutup api.
  3. Masukkan biskut marie dan gaul sehingga sekata.
  4. Masukkan adunan ke dalam bekas dan mampatkan.
  5. Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dihidangkan.
 
 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
Malam tadi plak, mak wat ikan singgang aye @ tongkol.
Tak pastilah tongkol hitam ke putih!!
Mak memang tak kenal.
Hihihi.....
 
Menu ni kegemaran anak-anak dan ayah.
Mak belajar resepi ni pun dengan mak mertua mak......
Dah kahwin ngan orang pantai Timur, lauk ni sokmo wujud di dapur mak ......
Memang lauk diet o....
Lauk orang tak sedap mulut pun sesuai jugak......
What ever, mak memang suka lauk nih.....
 

 
 
Resepi ikan singgang aye @ tongkol :-
 
2-4 potong ikan tongkol/kayu/aya (ikan lain pun boleh juga)            
1 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
3-4 ulas bawang putih
1-2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Cili padi ikut citarasa
Serbuk pati ikan bilis secukup rasa
Air ( agak2 - kalau suka kuah banyak, lebihkan airnya)
Gula kerek @ nisang (mak lupa nak bubuh daaa)
 
Cara-caranya :- 
  1. Masukkan air ke dalam periuk dan masak sehingga hampir mendidih.
  2. Kemudian, masukkan semua bahan - ikan, lengkuas, kunyit hidup, bawang putih yang telah dihiris/diketuk, asam keping, garam dan ajinamoto ke dalam periuk tadi.
  3. Rebus sehingga ikan betul2 masak, seterusnya campakkan cili padi ke dalam periuk. Then sayur bendi. Boleh terus hidangkan. Makan semasa panas. Simpan esok lusa semakin sedap :))
 
 
 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
Dan pagi-pagi ni plak, mak buat kurmapap :)
Patutnya pojek semalam....
Tapi, malas beno semalam.....
So mak tunaikan request boys pagi ni ok......
 
Kenapa namanya kurma?
Sebab intinya kurma keledek dan bukan kari keledek :)
Anak4 mak kata kari pedas.....
Kurma ok la....
 

 

 

 
 
Resepi macam biasa, mak akan guna resepi http://hanamemories.blogspot.com :)
Sedap dan mudah.
Dan yang paling utama, resepinya adalah dalam kuantiti yang sedikit je.
Tu yang best tu.....
Konpem makan dan habis trus.
 
Cara nak membuatnya adalah :-
 
Bahan-bahan
 
250g tepung gandum (2cwn penuh)
2 sudu besar minyak msk
2 sudu besar butter@marjerin
garam
air
 
Bahan inti.
1 biji keledek - dipotong dadu
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 sudu makan ikan bilis
2 sudu makan serbuk kurma
hirisan daun sup
garam dan gula
air
 
Caranya :-
  • Utk membuat kulit karipap - Panaskan@microvawekan minyak, butter@marjerin, shortening sehingga menjadi 1/4 cawan.Masukkan ke dalam tepung. Gaul menggunakan garfu (sbb minyak panas) sehingga menjadi crumble. Bancuh air dan juga garam. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan uli sebati sehingga tidak melekat di tangan.

  • Utk membuat inti - Blend@kisar bwg besar, bwg putih dan ikan bilis. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau. Masukkan kentang dan air. Masak hingga kentang empuk. Masukkan skali garam dan gula secukup rasa. Taburkan daun sup dan gaul sebati.Tutup api.

  • Ambil adunan tepung tadi. Canai. Terapkan dengan mulut cawan besar atau apa2 terap yang bulat. Ambil satu, masukkan inti dan kelim seperti biasa. Goreng dengan minyak panas sehingga keemasan. Pastikan api sederhana sahaja. Angkat dan toskan.

  • Siap dihidang.
 
 
 
Ahaaaa siap !!!!
Okey la, mak nak pi MPH Ikano Power Centre beli buku rujukan anak3
Senang nak buat revision....
Nanti cakap lagi...
Da daaaaa.
 
 


1 comment:

  1. Ila thanks for the recipes .....rindu kat singgang, ikan singgang tu kalau xabis, goreng pun sodap.....jadila ikan goreng asam. Nak try la buat karipap tu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...