Thursday, January 10, 2013

Resepi Donut Lembut, Mudah Dan Sedap.

 
Dah lama tak buat kuih ......
Lagi lama tak main dengan yis dan breadmaker.
Alasan utama, mak malas dan lagi poyo, mak sedang jaga badan.
Yer sangat ler tu!!
Malangnya sampai la ni tak de kekuatan dan keazaman nak slim melim.
Mana hilangnya semangat gaban mak macam tahun 2007 dolu ntah ler.
 
Petang ni mak wat donut :)
Ni pun sebab anak mak Awatif yang request dari semalam lagik.
(Abaikan soal jaga badan, yang penting permintaan anak selagi boleh mak nak tunaikan).
Ingatkan Awatiff dah lupa dengan permintaannya itu.....
Tapi oowhhhh masih ingat rupanya!
Mmmmm sebab mak tak tahu nak bagi alasan apa dah, so mak gigihkan diri, buat jugak.
 
Ni resepi baru.
Resepi donut yang selalu mak buat tu pakai susu segar.
Tapi mak baru perasan yang mak tak de stok susu segar la plak..... :(
Jadi, terpaksa la gugel resepi donut lembut yang baru dan hanya menggunakan barang2 yang sedia ada.
Dan akhirnya dapat jua.....
Bahkan lebih senang bahan dan caranya dari yang mak biasa buat tu.
 
--------------------------------------------------------------------------
 
Ni resepinya :-
 
COPY PASTE DARI MYRESEPI - ALKEPON.
 

Bahan-bahan ( 5 - 7 biji )

  • 1 cawan (250ml) Tepung gandum
  • 1 sudu teh margerin/mentega (suhu bilik)
  • 1 sudu susu pekat manis ( jika tiada, boleh ganti: 1sudu susu tepung + 1 sudu gula)
  • 1 sudu teh yis (tak kesah jenama apa pun)
  • 1/4 cawan air suam2 kuku (jgn terlampau panas)
  • secubit garam (sikit je taw)
  • Gula

Cara-cara

  1. letakkan yis kedalam air suam, kacau dan biarkan seketika
  2. Gaulkan tepung, marjerin, susu pekat manis dan garam sehingga sebati
  3. Pastikan tiada ketulan2 besar, kemudian masukkan air suam barcampur yis tadi
  4. Uli atau gaul sampai sebati lebih kurang 15 minit (saya taknak tangan kotor, jadi saya gaul guna senduk je)
  5. Biarkan adunan selama 30 minit, adunan akan kembang 2 kali ganda
  6. Setelah dibiarkan, uli semula adunan selama 5 minit. Kemudian bentukan donut mengikut citasara masing2. Pastikan tangan dan dulang untuk susun donut yang sudah dibentuk bertepung sedikit
  7. biarkan donut tadi selama 10 minit (agak2 dia jadi kembang balik)
  8. Panaskan minyak (serdahana), bolehlah goreng donut tersebut. (jangan simpan lama-lama sangat, nanti terlampau lembik.
  9. Lepas goreng boleh terus tabur gula halus. Kalau taknak letak gula pun boleh.
 
------------------------------------------------------------------------- 
 
Mak guna breadmaker.
Jadi semua buh sekali sederap :) Mulakan dengan yang cecair dan berakhir dengan tepung.
Lagi mudah ....
 
 
Aksi Sarah Awatif yang jakun nak ngadap doh berpusing. Almaklumlah, dah lama sangat breadmaker ni tak bekerja :) Dok tersimpan kemas dalam kabinet mak yang putih lepuk ni :)
 
 

Doh yang sedang diuli oleh mesin pada kelajuan yang laju...... Selepas diuli, langsung diperap sekitar 40 minit lebih. Lepas tu ready la untuk direkabentukkan.
 
 

 Ni pembantu cilik mama yang menyibuk..... :) Orang dah siap ready doh, dia masih nak lenyek2 dan uli2 doh :))

  
 
Doh ready untuk ditebuk..... Then digoreng :)
 
 

Hasilnya..... nyam nyam :)



Aksi dua beradik makan donut. Aisyah makan 5 biji :)) Kakak, sebijik jek.... Mak pun sebijik. The rest simpan untuk boys dan ayah selepas balik sekolah.
 
 
Masak donut sesekali ok la....
Kalau selalu2 haru jugak....
Risau silap2 mak yang jadi donutnya.
Hahaha....
 
Okey, cukup hari ini.....
Esok plak kita sok sek :))
Da daaaaa
 
 

4 comments:

  1. donut my fevret gak tu. makin rancak nampaknya 2 neber ai ni berblogging semenjak dua menjak ni.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapkan panas2......

      azam jan...nak jot down memories ....hihi. cikgu anees lg demam blog. hihi.

      akk cuti lama nih.... mentang2 abang balik. senyap trus :))

      Delete
  2. Wahhhh donut terrrrr.......peberet lakiku....bini dia xpernah cuba. Tgk ila kat lembut tetiba rasa nak cuba. Sekali tepung gandum abishhh la pulak. Camner nak tebuk lubang tu ila?

    Cik mas,cikgu anis nak merempit berblogging sebab nak perabis sisa cuti yg ado. Dah koje. Xtau bleh rempit lg ke tidak. Sakit ati tgk nuffnang sombong sgt nak bg upah. Lg dia jual mahal,lagi cikgu nak rempit hihi

    ReplyDelete
  3. hihi like like like cikgu anis :))

    mmg lembut la. sampai la ni pun lembut. leh pakai la resepi ni. tepung gandum habis, leh beli kat pak mamat :))

    cikgu anis mmg kejar cuti.... sambung jek la lagik setahun.... jd dan la firas lebih cerdik.

    mak lagi blur bab nuffnang. nak install pun dak jadi2 lagik weh.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...