Sebelum pakat-pakat naik atas, mak nak update blog jap :)
Petang tadi ayah dah ke Lumut.
Malam ni ada dinner dan presentation mende ntah kat Damai Laut.
Ni outstation pertama ayah untuk tahun 2013.
Huhu.....
Maka malam ni, tinggal la mak dan anak4 aje......
Harap selamat la semua...
Okey, mak nak cerita pasal projek semalam.
Tapi sebelum tu, ce tengok gambar ni....
Apa perasaan kalian?? Kenal tak??
Geli ke biasa je atau tension??
Hihihi....
Sejak dua menjak ni, mak dapat tawaran bekerja sebagai alam flora masyarakat cicak.
Hari demi hari, makin tinggi workload mak tau!!!
Dari kerja seikhlasnya, kini mak dah naik hangin!!
Ekekeke....
Bermula dari tebing-tebing tile dinding, kini ia telah merebak ke atas table top!!
Ini sah-sah mengundang kemarahan mak!!
Jadi, semalam, adalah hari klimaksnya kerjaya mak......
Mak memang nak letak jawatan sekaligus merancang cara untuk menghapuskan komuniti cicak yang semakin luar empayarnya ini.
Hahahaha....
Daripada pagi mak gugel segala petua menghalau atau membunuh cicak2 yang berkeliaran.....
Ada yang suggest garam la..... kulit telo la.... afiy hanif la.... dan macam2 lagi.
Tapi, mak amik jalan mudah aje.... Shiledtox outdoor!!!
Hahahaha....
Orang guna untuk halau lipas dan semut, mak dengan sesuka hatinya mempelbagaikan fungsinya --- halau cicak.
Ekekeke.....
Haaaaa apa lagi.....
Mak amik tangga tinggi mak tu, then mak sembur keliling syiling wet kitchen luar tu dan sedikit bahagian dry kitchen.
Punya la semangat menyembur-nyembur...... tup tup habis la plak :((
Nanti nak beli lagi.....
Selepas itu, mak lap mana-mana yang patut......
Tara umah mak bebas najis cicah sudah!!!
Teleng kepala o menyembur-nyembur ni!!!!
Tapi memang rasa kepuasan gitu! Hahahah.... Padan muka kau cicak!! Mesti kau pening kan? :)
Dan.......
Hasilnya, tiada najis cicah jatuh di tempat biasa ia jatuh pagi ini.
Hahahaha......
Adakah shieldtox outdoor benar-benar membantu masalah mak???
Harap2nya la......
Masih dalam eksprimen :))
Mak masih mencari punca mengapakah cicak banyak??
Adakah kerana mak berjiran dengan rumah yang tiada penghuni? Jadi cicak bermigrasi dari rumah sebelah ke umah mak?
Adakah mak pengotor? Yang ni rasanya tak langsung....
Atau mak memang diminati oleh cicak....
Hahahaha.....
Lu pikir lah seniri.
Ok la.....
Mak nak siap2 naik atas tido dengan anak4....
Cakap esok plak ye
Da daaaaa :))


Rasa2 jwpan last sekali paling tepat kot kih kih kih. Rumah anis kat brunei ni pun byk giler cicaknya. Taik cicak pun besar2. Hari ni cuci siap mop. Esok dah ada balik. Tetiap hari cicak kena sumpah dgn cikgu anis. Nasib xkena sula jer....kalau btl2 berkesan habaq mai na....ceq nak buat jugak
ReplyDeleteYeayyyyy dah takder comment verification muah muah muahhhhhhhh
ReplyDeletesy bila balik kampung tu lah masalah yg paling buat kepala sakit sgtt.. taiknya penuh.. kalau dapat lah cicak tu mmg sy jijak sampai mampos.. kadang rasa nak bako je hidup-hidup.k keturunan cicak mmg tak guna la..
ReplyDelete