Friday, January 15, 2010

Ziarah Sekitar Mekah, Taif & Jeddah.

Okey sambung lagi kisah cerita-ceriti perjalanan ibadah aku laki bini. Rasanya ni entry terakhir since by next week aku akan sibuk kembali, Insyaallah. Usually aku karang @ merepek @ meraban cerita tajuk ni tgh2 malam. Asal malam je mata dan otak aku segar le!! Tu yang boleh nak lepak depan lappy. Hehehe.... Tak kisah laa apa pun alasannya yang penting apa yang dijot down udah dirakam dalam blog aku yang gelap ini.

Kisah kali ni all about ziarah aku sekitar Mekah, Taif dan Jeddah. Banyak lagi gambar sebenarnya. Tapi kalau kuupload belaka alamatnya mokcik sakit pinggang ler. Hahaha.... Harapan aku agar info2 dan gambar2 sepanjang perjalanan aku di sana mencukupi dan mampu marangsang minda kawan2 untuk ke sana jugak. Aminn!! Mana yang dah pi tu ... harapnya nak pi lagi, Insyaallah. Perlu diingat janji Allah buat kita - takkan fakir bagi mereka apabila menunaikan haji dan umrah; malah rezeki mereka akan bertambah-tambah. Mmm menariknya!! Tapi persoalannya, peluang umur kita yang semakin limited itu yang perlu diambil kira!! Makin hari makin tua dah pastinya menghampiri maut!! Mmm kalau kerana nak tunggu duit cukup mmm bilalah agaknya sebab duit ni pada manusia takkan cukup sampai bila. Tapi tak pe.... At least ada niat di hati nak ke sana sudah cukup baik dari hati mati tak memikirkan langsung. Insyaallah dengan doa dan keredhoan darinya, tahun demi tahun dapat kita jejak kaki ke sana. Alangkah indahnya wahai sahabah!!! Kuharap aku diberkati nikmah sebegitu rupa jua. Aminnn!!! Sama2 laa kita berdoa yang terbaik. Amin!!



ZIARAH TEMPAT2 HAJI


Okey, ziarah pertama kami di Mekah adalah melawat ke tempat2 haji. Mmm bagus jugak yer coz dapatlah bayangan ibadah haji aku esok2. Perjalanan bermula dengan melawat Gua Thur. Then, kami dibawa sekitar Arafah, Mina, Muzdalifah, Jabal Rahmah dan kemudiannya berakhir di Jaaranah untuk miqat umrah kali kedua. Di dalam bas, kami diberi pengisian rohani dari mutawif bertugas. Mutawif yang incharge dalam bas aku adalah Ustaz Hassan yang berasal dari Banjar Masin, Kalimantan. Tetapi kini dia menetap sepenuhnya di Mekah. Peringatan @ tazkirah yang diberi ustaz ini subhanallah sangatlah menyusuk hati aku yang degil ini. Walaupun nada suaranya biasa jek tetapi cara dia mengolah story yang nak disampaikan itu memang make me really touching! Sometimes aku rasa, aii tololnya aku ni!! Banyak jugak sejarah Islam yang aku dah lupa. Padahal semua tu dah belajar dolu. Kesian kat diri aku!! Apa yang baiknya aku rasa jadi minat nak membaca kisah Nabi selepas pulang dari sana. Kalau tak, aku ni dok kisah mengumpul buku cara bisnes jek. Huhuhu....!! Nampak sangat very lalai kan?! Moga Allah ampunkan aku. Okey, kat bawah ni several collection gambar ziarah hari itu.



Bukit Thur dari dalam gambar ini adalah bukit yang terletak di tengah2 antara dua bukit. Kisah Nabi dan Saidina Abu Bakar kat sini amat popular dimana di sini Nabi bersembunyi dari orang Musyrikin. Apa yang unik dihighlight di sini adalah kisah labah2 dan cicak. Aaaa pastinya ingat kan!! Mokcik tak cerita panjang tentang ni ok. Hehehe... Mana2 yang blur leh buka kitab la. Hahaha!!


Then, rombongan bertolak ke Jabal Rahmah @ Bukit kasih sayang. Seperti yang diketahui, di sinilah lokasinya Nabi Adam bertemu kembali dengan Hawa setelah dibuang dari syurga. Banyak dakyah tentang bukit ini yang diperkatakan orang. Kata orang jika kita di atas bukit itu menyeru nama sesiapa sahaja, Insyaallah tak lama lagi pastinya orang yang diseru itu akan datang ke sana. Ada jugak yang berkata, jika kita lambat mendapat jodoh, di sini adalah tempatnya untuk berdoa. Tapi sejauh mana kebenarannya, Wallahu'alam. Aku angkat kain sebab kat sini banyak maajun unta. Hehehe.....


Sekitar Jabal Rahmah, terdapat perkhidmatan menyewa unta dan bergambar. Haiya ibu..... 10 riyal!!! Jalan2!!! Haahaha!! Jangan tak tahu, unta tu leh turun naik Jabal Rahmah. Gayat betul aku tengoknya laa.


Posing belakang unta plak aihh. Aku ni dok ngikut arahan si cameraman aku jek. Hahaha....



Tu dia unta dok naik atas. Tapi time turun tu lagi horror!!



Pemandangan sekitar Jabal Rahmah dari atas. Diambil oleh hubby since hanya dia seorang jek naik. Aku memang tak naik laa since takut aku sakit pinggang. So tunggu dibawah aje. Hehehe.


Then, rombongan pun beredar ke tempat2 haji. Mmm masih kelam kabut nampaknya kawasan itu. Yer laa baru lagi kan. Sampah pun tak habis dipungut lagi. Kami pun jalan2 ke Padang Arafah, Mina dan Muzdalifah. Semua masjid ditutup dan hanya dibuka pada waktu haji. Gambar di atas, adalah gambar tempat melontar di Mina. Just snap from the bas since kami pun tak turun.


Seterusnya kami singgah di Jaaranah untuk miqat, berihram dan solat apa yang patut. Satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan di sini since toilet di sini tiada air. Amat mendebarkan since sedang jemaah buang air kecil suddenly paip pun tak de air. Ahaaaa!!! Mana2 yang panik pastinya mengeluh dan membebel seolah2 tak ingat yang depa di Tanah Haram. Aku diam jek sebab dah tahu itu antara ujian untuk dilalui dan takut nak bising2 ni. Huhuhu.... Sib baik laa dalam handbag ada air mineral penuh. Boleh laa beristinjak. Untuk berwudhu' plak air di paip hadapan memang perlahan. Redho je laa dan bersyukur since ada jugak air untuk wudhu'. Kalau tidak, kena tayammum la.



On the way pulang ke Baitullah, rombongan melalui Bukit Nur. Tingginya!! Subhanallah. Di bukit inilah terletaknya gua Hiraq - tempat di mana wahyu pertama turun. Iqra'!! Kami tak turun dari bas since masing2 dalam mood nak buat umrah agaknya. Jadi just snap the picture from the bus.



Okey, selesai ibadah umrah di siang hari then malam itu ada aktiviti makan2 plak. Hehe... Memang dah jadi kebiasaan si pihak travel agent ni belanja makan malam para jemaah umrah kat padang pasir @ Muzdalifah. Hehe... Muzdalifah ni sinonim dengan tempat orang haji kutip batu untuk melontar jamrah. Tujuan si Zahafiz Travel ni bawak kami dinner di sini adalah untuk merasai nikmat para jemaah haji bermalam di Mina etc. Kami solat isyak di depan masjid Al Mash'ar Al Haram, Muzdalifah. Then ada upacara bacaan tahlil seterusnya makan nasi talam atau lebih spesifiknya nasi mandi. Mmm masjid itu hatta toiletnya hanya dibuka during musim haji. Waktu2 lain memang akan ditutup. Hanya persekitarannya yang jadi tempat riadhah penduduk Mekah berkelah sambil spend masa dengan keluarga. Aku for the first time memang hairan dengan style depa berkelah. Tapi setelah bercakap dengan bebudak Pattani yang incharge our activity that night baru faham - oo beginilah mereka. Hahaha..... Sian jugak laa. Kalaulah depa ni kita ajak picnic kat KLCC atau pantai2 di Mesia for sure habis hati campur jakun. Hahaha..... Moralnya kita harus bersyukur coz diberi peluang hidup di bumi Malaysia yang subur dan cantik ini yang ada pantai, bukit dan taman2. Hehehe...patriotik secara tiba2 aku ni haaaa!!

Berhamparkan permaidani kami solat Isyak, tahlil dan makan di sini. Aman laa jugak. Juadah malam itu memang sedap. Ada nasi mandi ayam dan mandi kambing. Ia sepatutnya dihidang dalam talam. Tapi kerana menghormati budaya Melayu, jadi pakat2 cedok laa dari talam itu. Hehe... Dan as usual aku akan tambah nasi. Yeehaaa!!! Tak segan ler sebab jemaah lain pun menambah. Kalau tak tambah berdosa laa jugak coz menyumbang ke arah amalan pembaziran. Betul kan?!!



Sedang kami makan2, datang 2 orang budak Arab mendekati juadah kami. Mmm sian plak tengoknya. Budak tu datang dengan ibu bapanya. Tapi ibu bapanya tak kelihatan since duduk disebalik toilet berdekatan. Mmm melihatkan mereka ni, ada jemaah umrah yang menghulur nasi 2 pinggan pada mereka berdua. Membumbung lah jugak nasi dalam pinggan tu!! Tapi sat lagi depa mai lagi. Hahaha.... nak ngenden kekudap lain seperti buah dan air. Macam2 btul laa. Agaknya juadah kami berkelah ni agak mewah sampaikan depa sekeliling terliur. Yang budak ni okey lagi tau!! Datang plak mat tokey motor sewa!! Aii depa ni bukan skodeng jek tapi pi cuit2 makanan tu trus!! Ish nasib baik kami semua dah settle dah. Depa nampaknya standby je tunggu urusetia majlis bagi nasi yang berbaki itu. Mmm at last dapat jua!! Dan aku amatlah terkejutnya. Gang2 itu dijamu nasi setalam - makan dalam 10 orang dan sah2 berebut2. Depa ni punya laa lahapnya..... Subhanallah!! Mungkin depa terlalu lapar. Tu yang jadi gitu agaknya ek. Tapi dalam hati aku memang rasa kesian sungguh. Aii berasa betapa bertuahnya Allah jadikan aku rakyat Malaysia yang mewah makanan. Alhamdulillah.




ZIARAH LADANG UNTA, MUZIUM MEKAH & MIQAT UMRAH DI HUDAIBIYAH.


Selang sehari, rombongan dibawa melawat ladang unta, muzium Mekah dan Hudaibiyah. Kesempatan yang ada diambil kami untuk buat ibadah umrah lagi. Ikutkan letih juga..... tapi memikirkan peluang itu tak selalu, jadi tepis segala rasa malas dan letih itu!! Dan yes.... we can do it!! Alhamdulillah. Hari itu adalah 15 Muharram. Rupa2nya hari itu adalah hari dimana Kaabah dibuka. Mmm mungkin telah diannounce time solat subuh tadi tapi since in lughatul 'arabiah, aihhs tak faham laa. Patutlah banyak askar dan polis Saudi dok berkawal sejak pagi lagi. Aku pun tak tahu sehinggalah diberitahu Ustazah Sahida pada waktu malamnya. Mmm rasa rugi laa jugak. Tapi mungkin dah memang bukan rezeki aku lah tu. Hope tahun2 akan datang aku dapat merasainya, Amin!!!

Perjalanan rombongan seawal 8 pagi dimulakan dengan ke ladang unta. Hehehe... Dalam bayangan aku ladang unta itu seakan2 ladang lembu atau kambing kat kampung kita. Alih2 ladang unta itu di tengah2 padang pasir... hanya ada kandang yang ala2 pagar2 dan tiada bumbung. Unta2 itu berpanas dan tido in open air. Huhuhu..... Sian plak tengoknya. Tapi dah naturenya begitu kan.... unta tu pun tak kisah daa!! Hahaha....!!!




Ikut arahan bos aku, then kena laa posing kat unta itu.... Hehehe.... Sempat jugak kusentuh bulunya itu. Kasar macam sabut nyok @ kelapa!! Ekekeke..... Tu pasal dia kebal.



Aku di tengah highway baru - depan ladang unta itu.... Backgroundnya padang pasir yang kering dan gondol. Subhanallah. Selipar aku yang mahal sekali!! Rega rm 3 kat Giant, Kota Damansara.



Haaa, now abang Castello aku plak nak posing. Taraaa!! Rambut dia udah gondol sebab 2nd umrah tu dia botakkan kepalanya. Macam Mr Kojak daa.


Dan this is the owner of the camel farm. Patutlaa bila pengembala2 unta ni nampak bas kami lalu dihighway itu, berebut2 mereka melambai - nak suh kami singgah ke ladang depa. Oooo ada menjual susu unta jugak rupanya. Sebotol 250 ml = 5 riyal. Ramai jugak yang beli ek.... Hehehe... Aku laki bini hanya memerhati jek. Rasa tak lalun. Tapi khasiat susu unta sangat bagus. Susu unta mengandungi kolustrum yang tinggi dan zat yang terkandung di dalamnya sangat menyamai zat susu ibu.


Semangkuk sudah habis ditapisnya. Haaa yang mangkuk depan tu assistant dia baru je perah. Hahaha... Perah with his own hand yer!! Hahaha!! Serius gila berketul2!!! Sebab aku tengok then aku tak lalun. Kalau tak nampak may be aku leh try. Menurut pengalaman jemaah yang pernah datang, susu unta ni very digest. Mana2 yang tak tahan akan pi toilet sokmo esoknya. Hahaha.... Dan lagi satu, susu ni jugak dikatakan boleh meningkatkan sex desire. Sejauh mana kebenaran aku tatau coz kami memang tak try. Hehehe.... Next time insyaallah yer. Hehehe.....


Then, rombongan pun beredar ke Hudaibiyah. Kesempatan diambil bagi mereka yang ingin buat umrah untuk miqat, berihram di sini. Ini adalah masjid lama Hudaibiyah. Mmmm budaya Arabian ni memang tak mau jaga warisan sejarah. Bukan masjid ini sahaja yang dibiarkan, malahan banyak lagi kesan2 sejarah yang dibiarkan begitu. Huhuhu.....


Di sebelah masjid lama tadi, dinaikkan masjid baru. Di sinilah kami bermiqat dan mengambil kesempatan bersolat tahiyyatul masjid dan sunat ihram. Air kat sini okey tapi sangat laa masinnya. Subhanallah. Muka aku memang menggelupas disebabkan kering. Aiii pedih btul laa bila kena air masin. Huhuhu......


Then, on the way balik ke Mekah, rombongan singgah di Muzium Mekah. Muzium ni highlight keindahan dan sejarah dua masjid iaitu masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Macam2 laa ada. Perkembangan Masjidil Haram dari dolu hingga kini dipaparkan. Nampak ketara sangat perubahannya. Mmm lagi beberapa tahun lagi ketara. Huhuhu....


Antara yang memikat hati adalah tembok telaga zam2 yang asal. Sekarang ni, telaga zam2 pakai pam moden. Asalnya inilah dia. Subhanallah. Kadang2 terfikir betapa hebatnya air mata air ini hinggakan mampu memberi kemudahan sekitar penduduk Mekah dan sekitarnya...!!! Around 10 pagi kami pun sampai ke Mekah kembali dan trus settlekan ibadah umrah seterusnya solat Zohor. Alhamdulillah.




MASJID TANA'IM


Keesokkan harinya, ada rombongan ke Tana'im. Kesempatan ini tak kami lepaskan untuk ibadah umrah yang terakhir since esok dah nak berangkat ke Taif dan Jeddah dan pulang. Argggh sedihnya. Rasa sekejap sahaja. Tana'im ni adalah tempat miqat yang paling dekat dengan Mekah. Hanya sekitar 7 km je. Kalau naik bas bayar 2 riyal. Hehehe.... Gambar diatas diambil setelah selesai solat sunat ihram. Sementara menunggu jemaah lain settle, kami posing laa. Hehehe......



Itu adalah Saudi Electricity Power Station. Situated just beside the masjid. Hubby amik kesempatan snap the pic since same working field dengan company dia. Hehehe.....

TAIF

Keesokkan harinya, hari yang sedih since rombongan kami akan meninggalkan kota Mekah. Mmm itu bermakna hajat @ matlamat aku turut serta dalam rombongan kali ini dah pun kesampaian. Alhamdulillah. Rasa sedih since tak tahu bila lagi berkesempatan menjejakkan kaki di Masjidil Haram ini. Harapnya umur kami panjang dan diberkahi nikmat kesihatan. Jadi dapatlah kami berpeluang ke sini lagi. Amin. Spend a week di Mekah terasa sekejap. Otak aman since tak ingat kerja yang outstanding, tak ingat umah yang tak terjual etc. Hanya yang diingati waktu solat. Subhanallah. Lain benar mood solat tu dengan mood kat rumah aku ni lah. Mmm harapnya mood tu berpanjanganlah hendaknya. Amin....

Setelah tawaf wida' around jam 3 petang, rombongan pun bergerak la ke Taif. Taif ni dikatakan bumi ala2 cameron highland gitu. Sejuk sangat!!! Perjalanan ke sana hanya pemandangan bukit2 batu semata-mata. Terfikir aku sejenak, macam mana lah Nabi berdakwah ke Taif. Huh.... tak dapat kubayang...tapi yang sahnya pasti mencabar. Okey, kat bawah ni adalah gambar2 sekitar aku di Taif.




On the way ke Taif, bas tu berhenti isi minyak. Ni laa rupanya stesen minyak kat sana yer. Sian laa jugak. And three habit that I noticed masa kat sana, Arabian ni memang tader budaya buang sampah in the dustbin. 2nd depa suka conteng dinding. Hatta monumen sejarah pun depa sukati depa je nak conteng. 3rd depa like spit very much. Yang tu aku tatau pesal yer. Kalau jalan2 tu kena tengok bawak jugak.... sebab takut kain kita terkena air ludah depa itu. Huhuhu......


Bersebelahan dengan stesen minyak itu, ada sebuah masjid. Kami pun bersolat di sini. Ruangan solatnya okey. Tapi alamak tandasnya amat menakutkan. Alhamdulillah ada air. Cuma level kebersihan toilet kat sana memang begitu agaknya. Tapi tak kisahla...yang penting sudah solat. Perjalanan mengambil masa hampir 4 jam jugak. Around dekat2 kol 9 malam, kami pun sampai laa ke Taif.


Sesampainya di Taif, jemaah trus dibawa ke Muzium Taif. Aaaa for the first time in my life, aku melawat muzium di waktu malam. Yeehaaa!!! Jemaah yang lena diulit intan terkejut laa bangun2 ingatkan dah sampai hotel.... alih2 sampai muzium. Ekeke.... Lucu plak bila teringatnya. Suhu waktu itu ya Rabbi sejuk gila!!! Gambar diatas adalah gambar aku di depan muzium Taif. Hehehe.... Then barulah kami check in di hotel yang hanya 500 meter dari muzuim itu. Aktiviti malam itu adalah makan dan tido. Hahaha.....


Aku menginap di sini - Hotel Sultan. Waktu ni jam sudah pukul 8 pagi tapi suasana di Taif masih lengang. Kedai2 di sana buka tengahari. Pagi2 ni is tido time for them. Huhuhu.....




Jalan2 di pagi hari sekitar kedai2 tepi hotel itu..... dan tengok laa rubish here and there. Sabo jek.


Jalan ke depan sedikit terjumpa plak dengan kedai roti Tamis. Sedap laa jugak. Sekeping 1 riyal aje.


Dalam pukul 11 setelah si drebar Arab itu bangun, barulah rombongan kami memulakan perjalanan. Tempat pertama adalah melawat sekitar masjid sejarah di Taif. Gambar di atas adalah gambar masjid Al Madhoon di zaman silam - zaman uthmaniyyah yang berciri2kan Athens (kubah berbentuk silinder). Ia terletak benar2 di tepi bukit batu. Kini masjid ini hanya tinggal sejarah dan tidak digunakan oleh penduduk Taif.



Yang ni plak tapak masjid purba yang dibina sempena menjadi tempat teduhan dan persinggahan nabi ketika baginda berdakwah di Taif.


Then, dari sana kami dibawa ke Empangan air Taif. Kini airnya kering kontang. Empangan ini akan dipenuhi air dalam blan Julai ke Oktober kerana itu musim hujan. Jasa baik empangan inilah yang menyalirkan air ke tanaman pokok dan sayuran di Taif. Subhanallah.


Itulah empangan yang kering itu.... Bila kering, pokok2 kat sini puasa. Hehe....


Dari kiri adalah hubby, Ustaz Amin dan Cikgu Ideris. Gambar berlatar belakangkan pemandangan empangan pertanian Taif.



Dan dari sana, kami dibawa ke pasar buah-buahan. Aku beli buah strawberi jek tu pun sekadar nak memasamkan mulut aku ni jek. Hehehe.... Then, kami yang lapar ini dibawa makan di restoran Arab. Aaa I like!!! Juadah nasi mandi dan nasi bukhari. Yummy sedapnya!!! Lauknya - ayam panggang dan kambing herba. Memang sedap!! Satu meja kongsi 6 orang. Tapi meja aku just 5 person je. Ish campur baby dalam perut aku ni jadi laa 6 orang jugakkan. Hehehe......


Tadi penuh nasi ni. Ni separuh jalan. Ahaaa apakah yang panjang seperti **** itu? Hahaha.... Jangan tak tahu itulah kambing yang dicampur dengan herba!! Aku yang tak makan kambing pun leh telan kambing yang ini. Sedap!!!


Taraaa.... inilah hasilnya!! Gila kuat makan!! Hahaha!! Meja aku ni dua lelaki dan 3 wanita. Bila tengok meja lain aisey terasa meja aku laa yang paling pulun sekalik!! Hehehe.... Sebenarnya nak elakkan pembaziran. Tu yang kami makan tu. Hehehe....... Selepas makan, kami pun solat zohor. Dan rombongan pun bertolak ke Jeddah plak. Sampai di Jeddah pada waktu malam sekitar jam 8 malam.



JEDDAH


Berlatar belakangkan hotel kami menginap - Al Dar Hotel. Ni sedang menunggu jemaah lain turun.


Kami dibawa ke sekitar Laut Merah. Jeddah ni bandar tepi laut. Laut tersebut adalah laut merah. Air laut itu pagi ni sangat tenang dan mendamaikan. So amik kesempatan bergambar suami isteri. Hehehe...Bulat beno kami berdua ni aihh!! Pakat2 naik 3 kilo tu!! Ekeke.....



Di tepi laut merah itu, ada sebuah masjid. Ni ala2 masjid terapung kat Teganu. Tak berkesempatan untuk solat since masjid ini hanya dibuka waktu solat sahaja.


Lagi posing yer bapak dan ibuk.....!!! Hahaha......



Selepas itu, rombongan dibawa bersoping di sebuah shopping mall ala2 pertama kompleks. Ish aku aktiviti ni lah yang paling rimas sekali!! Tak excited langsung!! Amat boring. Hairan aku coz ramai jugak yang excited. Barang2 yang dijual semuanya aku rasa ada di Kuala Lumpur. Hahaha!! Jadinya instead of ronda2 kami lepak kat warung makan depan kompleks itu sambil minum tea susu. Hehehe..... On the way balik, kami melalui kawasan kubur Siti Hawa dan Masjid Qisas. Masjid ini adalah medan hukum hudud dilaksanakan. Mmm ia akan di adakan setiap hari Jumaat. Jika sesuatu kesalahan dibuat dan cukup syaratnya; maka hukuman hudud akan dibuat dikhalayak ramai sesudah solat Jumaat. Takut kan!!! Dari sana, kami pun balik ke hotel. Kami akan check out hotel dalam jam 230 petang. Lebih kurang jam 3 lebih, rombongan telah pun sampai ke airport. Our flight jam 820 malam. Bye2 Jeddah! Hati aku tak sesedih meninggalkan Mekah. Yeyeye..... membara2 hati aku rasanya nak balik!!! I really missed my kids!! Flight Sinapore Airline ini akan transit di Abu Dhabi sejam dan Singapore 3 jam. Huhuhu..... !! Tak kisahlaa janji sampai!!!


Aku bersantai di terminal 3 Singapore Airport. Letih kaki. Mesin ini adalah percuma. Jadi boleh diguna berapa lama yang kita suka. Hehehe.... Airport ni banyak kemudahan. Seronok plak!! Tak terasa pun kena transit 3 jam. Dalam kol 5 petang, kami pun sampai di KLIA dan sampai di Kota Damansara bila jam hampir menunjukkan pukul 7 malam. Dan time ni adalah waktu yang tak dapat aku lupakan. At last air mata aku jatuh bila Awatif memeluk erat aku.... Mmm she missed me very much actually!! Bergenang air mata dia!!! Huhuhu....

Dan apa yang pentingnya, perjalanan kami telah selamat pergi dan tiba. Alhamdulillah. Perjalanan ibadah selama dua minggu ini amat bermakna buat kami suami isteri. Semoga ia diberkati Allah swt. Amin. Dan apa yang nyatanya, walaupun baru seminggu aku pulang ke Malaysia, sah2 aku rindu nak ke sana lagi. Agaknya macam ni laa yang dirasai oleh mereka yang telah pergi yer. Taper2... doa aku moga dapat ke sana lagi. Jika ada rezeki lebih, aku teringin nak bawak anak4 aku sekali ke sana. Amin. Moga doaku ini termakbul. Amin ...... Sesungguhnya tiada tempat yang dikau akan rasa tenang melainkan pabila menatap Kaabah dengan matamu sendiri. Subhanallah.



1 comment:

  1. alhamdulillah..selesai dah sudah wat umrah..seronokkan ke rumah Allah..menjadi tetamuNya..
    naper tak minum susu unta tu sis? best tau..buih tu leh buh kat muka cam masker gitu...eila p bulan puasa..so depan kaabah tu depa tak buh carpet..
    eila p time ramadhan mmg bykk sgt dugaan..syukurla tak niat shopping..at least bila balik diri menjadi bersih dan hati lebih putih kan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...