Tuesday, January 12, 2010

Kisah Di Makkah Al Mukarramah

Salam siaran kembali wahai blog aku yang gelap!! Hehehe..... Tader mood aku nak mengarang cerita dua tiga hari ini sebab aku dilanda angin kus kus aku!! Bila angin ni datang, aku rasa nak marah dan malas. Tader mood nak buat apa pun termasuk laa sembang2 kat telepon!! Truk kan aku nih!!

Ish ish ..... peknen kali ni aku rasa rimas tahap gaban @ cipan dengan maid aku!! Tatau laa pesal!! Minah tu tader laa buat salah apa pun..... sikit2 silap tu ada la. Tapi aku tetap rimas ngan muka dia hinggakan aku rasa macam tak leh nak ngadap muka dia!! Akibatnya, aku menjauhkan diri aku dari dia. Sebelum ni pun aku memang tak bercakap pun ngan dia. Hanya bercakap tentang kerja rumah je. Untuk aku tanya khabar; ishhh tak payah ler!! Buat aku letih lagi ada!! Yang penting apa yang patut udah beres. Kalau ikut hati aku ek..... rasa nak terminate je though tanpa sebab. Tapi nanti2 aku plak yang susahnya. Yer laaa..... bulan 5 nak bersalin; czer plak tu. Aiii poning kepala makcik ni haaa!! Tapi pikir2 lagi, ish... aku memang rimas ler!! Macam ner ni ek. Tolong...tolong!!! Kalau aku jadi dia, sian jugak laa kat dia sebenornya; dirimas majikan tanpa sebab!! Huhuhu...... Awat aku jadi lagu ni ek?? Agaknya baby dalam perut aku tak suka dia ker? Haahaha...... Sabo je laa rasanya!! Perasaan aku ni start sebelum aku pi umrah lagi. Ingatkan balik umrah ni jadi ok!! Aiii makin rimas ada laa!! Blur btul dengan perasaan aku ni haa!! Kena doa bebanyak moga perasaan aku kian neutral hendaknya. Aminn !!

Okey yer..... abaikan kisah minah tu. Buang karan kata orang!! Hahaha!! Aku nak sambung kisah journey umrah aku yang tergendala beberapa hari ini. Aku ke Makkah pada 28/12/2009. Again, aku tak ikut rombongan bas Zahafiz Agency. Aku ikut gang2 ibadah aku yang chartered van khas ke Makkah. Hehehe...tapi kena bayar ler sket. Yang penting selesa dan tak serabut. Jadi kami bergerak awal sedikit so that bolehlah kami menunaikan ibadah umrah yang pertama lebih awal dari tentatif program Zahafiz yang akan sampai Mekah waktu malam dan buat ibadah umrah lewat malam. Ish.... sah2 letih especially mak buyung ni laa!! Huhuhu..... Dari Madinah, kami miqat umrah di Bir Ali @ Zulhulaifah. Masjid di situ still lengang lagi since masih awal. Usually masjid tu akan penuh di waktu petang dengan orang yang nak bermiqat. Di situ, kami pun solat sunat ihram, pakai ihram dan berniat umrah. Ihram pertama ni buat aku rasa risau banget!! Huh.... takut ada yang terbatal atau terkena dam!! Especially bab2 rambut dan bulu2 yang terputus @ tergugur. Bergeraknya van tersebut dari Bir Ali, makin berdebar aku rasanya especially bila Ustaz Amin melaungkan lafaz talbiah - LabbaikaAllahhummalabbaik!!! Meremang jugak bulu roma ni!! Tapi separuh jalan senyap since kami tertidur. Perjalanan mengambil masa lima jam. Pabila hampir2 nak sampai Mekah, barulah lafaz talbiah dibaca kembali. Kami sampai di Mekah hampir asar. Solat wajib pertama kami di Masjidil Haram adalah solat asar. Then baru la ibadah umrah bermula - tawaf, saie dan potong rambut. Alhamdulillah okey though penat lah jugak esp saie. Di Mekah, hotel kami hanya 200 meter dari Masjidil Haram. Terlalu dekat. Dan again, our view from the room memang menghadap masjid itu sendiri. Mmmm macam ada makna jek tau. Hari tu kat Madinah pun pandang masjid. Kali ni pun sama. Hehehe.......

Tu hotel kami - Al funduk Al Mas'aa. Berdepan dengan hotel diraja Saudi. Sebelah hotel tu ada kedai ayam golek. Hari2 aku suh hubby beli ayam golek itu. Akibatnya pipi aku la ni macam peha ayam golek itu....tembam gila. Hahaha!!!


Perasaan pertama memandang Kaabah ialah aku tatau nak kata!! Terkelu terus. Diam je aku. Diam tak bererti aku no sense..... tapi rasa macam mimpi pun ada - tak percaya yang aku dah ada kat situ. Usually tengok di tv, buku dan media2 jek..... Mmm la ni kiblat yang kita dok sujud hari2 ada depan mata. Sangat mendamaikan sebenarnya hinggakan tatau laa aku nak describe. Kami spend masa di Mekah selama seminggu. Tapi rasa teramat singkat!! Tak sedar masa berlalu. Apa yang aku tahu, solat jemaah di masjidil haram, tawaf, kaabah, umrah dan khatam Quran. Yang lain serius tak ingat. Hatta anak2 pun aku tak rindu sangat. Kuasa Allah, anak2 pun okey dengan opah dan tok depa. Alhamdulillah. Waktu kami datang ni, jemaah memang tak ramai. Alhamdulillah sekali lagi kerana kesempatan yang ada memudahkan kami untuk merasa nikmat mencium hajar aswad dan solat di hijir Ismail dengan mudah. Namun aku tak berjaya memeluk Multazam - salah satu posisi Kaabah yang mustajab doa kerana khuatir akan kandungan aku ini. Tetapi hubby berezeki memaut Multazam. Alhamdulillah. Harap2nya dia doakan aku laa hendaknya. Amin.

Aku berjaya buat umrah empat kali jek. Itupun ikut jadual yang ditetapkan Zahafiz sendiri. Tak berjaya buat atas inisiatif sendiri - sewa teksi @ naik bas gara2 aku yang kurang sihat di Mekah. Umrah pertama miqat di Bir Ali. Umrah kedua miqat di Jaaranah ketika on the way balik dari rombongan melawat ke tapak2 ibadah haji seperti Arafah, Muzdalifah dan Mina. Umrah ketiga miqat di Hudaibiyah ketika on the way balik dari ladang unta dan Muzium Mekah. Umrah keempat miqat di Tana'im.

Aku diserang sakit pinggang dan kaki sebelah kanan selepas buat umrah pertama. Mmmm kaki pinggang aku seperti krem @ kena simpul mengkarung @ kena karan bila aku jalan lama2 atau duduk bersila lama2. Tapi itu bukan penghalang aku pi berjemaah ke masjid. Though jalan macam kura2 dan kadang2 diserang renjatan pinggang + ponggong + kaki ... aku redah jua coz peluang bersolat di sana payah nak dapat. Sesekali tu terjerit jugak aku!! Tapi sakit aku itu buat aku jadi pengistighfar.....!! Alhamdulillah.

Sakit aku ni tak dapat dicontrol langsung setiap kali aku buat percubaan nak pi shopping atau mendekati kedai2. Trus sakit aku akan menyerang bertalu2 dan memang tak leh dikawal!! Mmm teringat plak dengan mulut aku sebelum ke Tanah Suci - aku selalu kata kat gang2 aku; aku tak mau shopping pun. Nak beribadat jek!! Aiii masin betul laa!!! Serius tak leh pi soping!!! Jadinya memang tak beli laa. Beli sikit jek. Tapi pikir2 balik okey jugak kan? Hehehe...... Untuk ke masjid okey jek. Rasa sakit yang boleh dikawal lagi. Time tawaf sunat pun aku macam orang yang tak sakit. Ajaib kan!!!

Haaa lagi satu yang ajaib yang aku realized kat sana adalah perbuatan jahat kita akan dibalas jahat time tu jugak!! Jangan main2!! Aku perasan pinggang aku jadi sakit banget selepas umrah pertama. Mmm aku ada marah hubby malam tu. Agaknya dia tersinggung dengan aku agaknya. Mulut aku ni kadang2 memang jahat. Tapi time tu jek then hilang laa. Aku bukan jenis yang simpan dalam hati gitu!! Mmm tapi hubbyku itu terasa rupanya!! Esok tu bermula laa kesakitan aku. Umrah kedua dan ketiga aku dalam kesakitan especially time nak completekan saie!! Astagfirullahal'azim!!! Jenuh aku berdoa agar sakitku itu hilang.... Mmm tak hilang2 jugak. Hanya berkurang. Pada hubby aku berpaut setiap kali kena renjatan pinggang. Bahu dia la kena ramas kuat setiap kali aku menahan sakitnya kena renjatan!! Mmm nasib baik laa ada dia. Kalau tak tatau laa. Then selepas umrah ketiga tu aku pun bersembang dengan hubby....

"Hubby, apsal pinggang bini sakitnya tak ilang? Jenuh buh tiger balm dan salon pas dah tau. Makan panadol sakit urat pun kena sakit pinggang jugak!! Bini dah ngandung banyak kali. Tapi tak pernah lagi rasa sakit yang truk macam ni!!" aku kata.

Then hubby pun jawab cepat "Bini tu tak mintak maaf dengan hubby!! Cuba mintak maaf ... esok sure baik laa!!"

Wajah dia selamba jek time tu tau!! Ish, pokcik ni ada terasa ngan aku agaknya. Then aku teringat laa peristiwa malam tu aku memang ada berkasar dengan dia. Sah2 dia terasa. Tak pun terasa yang dolu2 pun dia pendam jugak kot!! Mmmm aku pun mintak maaf dengan dia though malu laa jugak eh!! Huhuhu.... Aku ni memang spesis bini yang eksen!! Ekeke..... Dan nak dijadi cerita, untuk ibadat umrah terakhir keesokkan harinya aku tak facing any problem pun!! Subhanallah..... macam tak percaya!! Tapi itulah yang jadi sebenarnya!!

Pengajarannya - jangan berani2nya menyakiti hati suami. Walaupun tersakit, kena make sure mintak maaf balik. Kita nampak benda tu small matter....tapi penting jugak. Mmm pengajaran besar buat aku!!! Dugaan aku hanya itu. Alhamdulillah. Tiada benda pelik2 yang happened kat aku. Mmm tapi hubby walaupun dia sihat, dia facing several incident pelik yang akan buat kita berfikir kembali. Semua yang jadi pasti ada hikmahnya. Tinggal lagi kita laa yang kena fikir. Okey laa, benti membebel bab ni dolu. Hehehe.... Kat bawah ni koleksi gambar2 di dan sekitar Masjidil Haram.... Happy viewing!!


GAMBAR KAABAH & TAWAF

Itu gambar Maqam Ibrahim. Selepas tawaf sunat @ tawaf umrah, boleh laa solat sunat tawaf dibelakangnya.


Masjidil Haram di waktu malam dari tingkap bilik aku.


Aku suka gambar ini. Cuba lihat wanita Arab yang berjubah hitam sedang sujud sambil menggendong anaknya di belakangnya. Dan bayinya itu plak seolah2 memahami yang ibunya yang tercinta sedang bersolat. Subhanallah!!





GAMBAR SEKITAR LUAR & DALAM MASJIDIL HARAM

Subhanallah. Arca yang sungguh menakjubkan!!


Ni mak buyung yang terkena renjatan pinggang sedang bergambar di depan pintu masuk utama Masjidil Haram. Lengang coz ni time dhuha.....memang tak ramai orang!!


Tatau laa bila gambar ni disnap!!


Bergambar di level atas Masjid. Muka aku monyot sebab sakit pinggang!!


Main entrance of Masjidil Haram.


Cantiknya!!


Imam solat di bilik langsir hijau itu.





Hari itu, ada rombongan tadika bebudak Arab ke Masjidil Haram.... They so cute!!!


Dataran Masjid ni ala2 Trafalgar Square London. Merpati itu sangat jinak!!


GAMBAR SAIE


Bermulanya saie di situ - Bukit Safa. Kereta tolak tu standby bagi mereka yang tak mampu berjalan. Mahal jugak tu!!!



Itu laa Bukit Marwah. Sampai situ kena jejak kaki di situ sambil membaca doa. Then angkat takbir mengarah kiblat lalu berkata Bismillah AllahuAkbar.


Bukit Marwah.


Bukit Safa. Dah kena pagar cermin pasal ramai orang fanatik di situ.


Yeye..... kenapa aku tersenyum riang?? At last aku complete jugak saie aku though kena renjatan!! Alhamdulillah.


Okey, tamat sudah kisah aku di Mekah. Esok lusa aku sambung plak journey aku berziarah ketika aku di Mekah. Banyak jugak info menarik yang nak kurakam dan kukenang. Seminggu di Mekah, sayu benar rasanya untuk balik. Tapi aku sentiasa berdoa yang aku nak jejakkan kaki aku ke sana lagi. Moga diberi kesempatan dari Nya. Amin. Rombongan aku bertolak ke Taif semalam dan ke Jeddah semalam. Then baru balik Malaysia.... Okey laa, sambung nanti. Dah lewat malam ni. Bye!!

1 comment:

  1. Alhamdulillah kak ila....

    bestnya hg dh jejak kaki kat sana..mcm mimpi pun yer kan...

    harap2 ada la rezeki aku nk pi sana....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...