Friday, February 28, 2014

Teknik Belajar @ Ingat Sifir Mudah - Angka Genap

 
Lama giler!! Bukan tak ingat!!
Tapi ...... hukhukhuk.
Hanya hari ni baru berkesempatan untuk jot down teknik sifir mudah angka genap plak......
Biasa le, mak kan suka sangat busy yang ntah apa2.
Hahahaha
Jangan mara arrr.............
 
Untuk memudahkan kawan2, sila fahami cara membaca dan menggunakan table sifir kreatif ni. terlebih dahulu ya.
Info padat tentangnya saya telah ceritakan dalam post yang lepas.
Jika terlepas, boleh klik di sini....
 
 
Basic table untuk sifir angka genap adalah ini......... Dengan kata lain, table ini adalah untuk sifir 2, 4, 6 dan 8.
 
 
Sila pastikan, sifir yang kita kehendakki sentiasa berada di penjuru paling kanan atas ya.
 
 
Gambar di atas adalah bacaan untuk sifir 2.
1x2=2
2x2=4
3x2=6
4x2=8
5x2=10


Ini plak sifir 4......
 

Ini plak sifir 8......


Ini table sifir 8 tadi, selepas diterbalikkan.
 

Dan ini plak, sifir 6.
 
 
Siap..............
Ada persoalan, boleh la tanya ya......
Tapi, insyaallah memang takkan ada soklan,
Sebab senang sangat.
 
Selamat mencuba.
Hihihi
 
 


Tuesday, February 11, 2014

Teknik Belajar @ Ingat Sifir Mudah - Angka Ganjil.

 
Malam tadi mak sangat aktif berfacebook gara2 mengkomen status fb senior sekolah mak.
Topik status adalah tentang anaknya yang dicilikan mulut dengan cili boh gara2 tak hafal sifir!!
Gila kan......
Jangan tak caya.... Ini memang kenyataan.
Lagi terkejut itu sekolah berprestasi tinggi di Kuala Lumpur.
Awat la jadi lagu tu!! Ini sangat2 tidak ok ya.
Stress kah guru2 la ni? Hinggakan gagal mengawal emosi....... Hilang kewarasan dan lebih mengikut amarah dalam hati.
Huhuhu.......
 
Mak tak nak cakap tentang guru yang bermasalah emosi itu......
Tapi mak nak cerita tentang teknik belajar sifir cara mudah.
Ini mak belajar dari wassup oleh guru matematik; Fatymah yang juga mengkomen status facebook semalam.
Mak memang takut jugak la....
Sebab anak mak pun sifir slow walaupun dah darjah 4 dan 3.
Bukannya depa tak hafal macam kita dolu2 masa tecit..... Memang dah..... tapi bila lama2 tak tanya depa lupa balik.
Huh.
Dah kebetulan cikgu Faty offer nak ajar, mak pun amik kesempatan nak tahu juga lah.
Dan terkejut sangat!!
MasyaAllah mudah dan seronoknya belajar sifir!!
Kalau tak.......
Muka anak2 mak macam cuka je.
Hahahaha......
Tapi kalau boleh hafal jugak, itu lagi la bagus.
Tak rugi.......
Yang penting sekali, anak2 faham konsep sebenar sifir tu ya.
 
Rasanya ni bukanlah ilmu baru........
Tapi ia tetap baru bagi mak.
Tak kisah la tu kan.... Ilmu mana ada tarik expired kan......
Jadi, share selagi boleh.
Insyallah akan bawa manfaat juga pada yang memerlukan.
Untuk post hari ni, mak nak share cara nak baca sifir GANJIL dolu ok.......
Tengok gambar.......
 
 
 Untuk sifir angka ganjil, guna table di atas ni ya..... Untuk lebih terang, ni table untuk sifir penjuru table iaitu - 1, 3, 7 dan 9
 

Ini cara nak guna sifir 3. Jika anda nak gunakan untuk sifir 9 dan 7, hanya terbalikkan table ni je. Just make sure no untuk sifir yang kita nak tu berada di belah kiri atas sekali macam yang mak bulatkan tu. Jangan kisah nombor2 tu terbalik ke apa....... Cara nak baca sifir ni, adalah baca dari atas kiri ke kanan.... Then turun ke kotak tengah kiri dan ke kanan then turun ke kotak bawak kiri dan ke kanan.
 

 1x3 = 3.......  2x3=6...... 3x3=9........
Untuk line yang tengah tu....... 4x3=12 (hanya tambah angka 1 kecik kat angka 2 tu je ok).
5x3=15
6x3=18
Haaaaa senangkan!!!
 
 
Untuk line bawah sekali..... 7x3=21 (hanya tambah 2 kecik kat angka 1 tu je ok).
Ahaaaa kenapa tulis 2 dan bukan 1?
Cara nak bagi penerangan pada anak kita tentang ni adalah dengan membandingkan antara no 18 (6x3) tu dgn 21 tadi.
No selepas 18 mestilah besar dari nombor 18 tu seniri.
Jika kita tulis 1 kecik kat situ, ia akan jd 11.
11 sah2 la tecit dari 18 tu. Ni memang salah.
Jadi, tulis lah 2.
Dan begitulah seterusnya........  
 
Haaaaa mudahkan......
Untuk sifir seterusnya, mak malas nak buat huraian dah. Just apply konsep yang sama ok......
Mak hanya share pic je.
Hahahaha.....
Okey.....
 
Ni sifir 7 ......
 
 

 
 
Ni plak sifir 9 ......

 



Jika kita terbalikkan kembali kertas, maka begini lah rupanya.
 
 
Ahaaaaaaaaa ....
Mudahkan.....
Tak perlu nak cili2kan mulut pon.... Huhuhu.....
Anak2 mak happy sangat belajar pagi ni.
Fun......
Moga teknik yang cikgu Fatymah kongsi ni mampu membantu mak2 lain di luar sana.......
Terima kasih cikgu Fatymah. Ilmu cikgu memang dah membantu mak banyak.
Tinggal lagi usaha dari mak dan anak2 je untuk lebih mantap.
Moga perkongsian cikgu beroleh pahala dr Allah SWT.
 
Malam2 nanti mak share sifir genap plak ok......
 
Okey ... da daaaaaaaaaaa.....
 
 

Sunday, February 9, 2014

Aqiqah Anak Filah @ Mini Reunion 302A Kolej Zainab Al Ghazali IIUM Lembah Pantai 1998.

 
Ahaaaaa....... !!
Hari ini memang hari mengimbas kisah lama......
Suka betul....
Banyak kisah2 lama diingati....
Sangat nostalgia!
 
Hari ni mak sekeluarga telah ke rumah sahabat lama zaman matrik; Wan Noorul Hafilah ke majlis aqiqah anak keenamnya; Khadijah Aulia.
Hebat kan..... Enam sudah!
Tumpang gembira buat mereka sekeluarga....
Alhamdulillah.
Lama betul mak tak jumpa Filah ni.
Last kami bertemu semasa mak bersalinkan Azhad.
Dia sekeluarga melawat mak yang dalam pantang di Ipoh.
Huhuhu.....
Maknanya dah 10 tahun la kami tak jumpa.
Huh!
Cepatnya masa berlalu...............
 
Kesempatan yang ada ni, mak ambil untuk berjumpa teman2 lama.
Tapi masing2 dah ada komitmen yang banyak. Jadi tak dapat la berjumpa semua.
Hanya mak dan Niza je yang berkesempatan untuk hadir ke majlis Filah di kediamannya di Laman Seri.
Kebetulan plak ada waktu terluang kan......
Haaaa apa lagi, sakan la kami bercerita.
Hihihi.....  
 
Lebih kurang sejam lebih jugak mak lepak di rumah Filah ni.
Tapi, tetap tak puas borak jugak.....
Nak lama lagi....
Macam2 nak diceritakan.... nak diimbas.....
Slot tadi hanya baru mukaddimah je.
Hahahaha......
Windunya rasa!!!
Tak dapat berlama2 gara2 Aisyah dah mengamuk....
Tak caya tengok la gambar.
Sakan menjerit.
Hahahaha......
 
 


Tapi tak pe la.......
Ini baru permulaan perjumpaan.
Lepas ni kita arrange semula.
Aisyyyhhh tak sabo plak aihh!
:)
*
*
*
*
*
*
Berdiri - Niza dan Ikeen. Duduk dari kiri - Ezza, Epa, Mak, Gee. Filah tak de dalam gambar sebab dia jadi camerawoman.
 
Nostalgia betul rasa tengok gambar ni tau.......
Windu sangat!
 


Friday, February 7, 2014

Azhad Appendic Ke?

 
Malam tadi, adalah hari yang kelam kabut.............
Usai dinner dan solat maghrib, kami sekeluarga ke wad kecemasan Tropicana Medical Centre.
Huhuhuhu....
Kali ni, bawak Syawal Azhad yang dah 3 hari sakit perut. 
 
 
Hari Selasa petang yang lepas, Ad dah mengadu yang dia sakit perut.
Ingatkan biasa2 je dan mungkin dia terlampau letih sekolah pagi dan petang.
Malam tu dia tido awal...... Tak pernah seawal itu......
Hari yang sama juga Adham the 2nd demam.
Jadi malam tu dua2 boys mak memang tido awal sebab tak berapa sihat.
 
Esoknya Rabu Ad tetap ke sekolah kebangsaan seperti biasa.
Pulang dari sekolah dia masih mengadu yang perutnya sakit......
Lagi nampak lain sebab dia tak lalu nak makan.
Selalunya Ad memang makan nasi lagi banyak dari ayah.
Hahahaha........
Petang Rabu tu ayah balik awal dan bawa Ad ke klinik.
As expected, doctor kata anak mak ada angin jahat dalam perut......
So makanlah ubat nan diberi itu....
 
Pagi Khamis tu Ad tetap ke sekolah seperti biasa.
Tapi balik dari sekolah, dia masih mengadu benda yang sama.
Mak macam risau plak sebab macam ada unsur2 appendic je!
Semalam dia ngadu bawah pusat..... hari ni plak ngadu belah kanan pusat.
Huhuhu.....
Mak pun gugel apa2 yang patut....
Tak kurang juga bertanya kawan2 yang pernah facing situasi yang sama.
Rata2 menasihatkan untuk bawak ke hospital untuk lebih kepastian.....
Jadi ........ ke hospital lah kami......
Mak tak turn up jazzercise class la malam tadi kerana temankan anak mak ni.
Mak tunggu di luar wad kecemasan bersama adik3 yang lain.
Hanya ayah yang masuk bersama Ad.
 
Menurut dr kat wad kecemasan, Ad ni 99% appendic dan memang kena tahan wad malam ni.
Dan lagi takut, memang kena operate malam ni.
Huhuhu....
Jadi, Ad kena puasa 4 jam dan start didrip air.
Mak trus berdebar-debar tapi tetap control.
Macam2 terbayang!!
Anak3 yang lain pun langsung diam je bila diberitahu tentang ni.
Tapi apa2 pun, kena tunggu doktor pakar yang incharge tentang ini.
 
 
Di katil wad kecemasan.
 

Drip dolu......
 

Debar tu.... tapi cool!
 

Yang ni? Hahaha..... Senyuman manis mampu meredakan jiwa yang sedang risau dan penuh debaran....
 
 
Sementara menunggu doktor pakar sampai ke wad kecemasan, mak pun pulang ke rumah.
Tujuan pulang adalah untuk ambil apa yang patut2.
Dalam kereta, Adham the 2nd yang special buat hal.
Dia nangis teresak2 syahdu sangat !!!
Mak yang tengah memandu ni, memang a bit terganggu dengan emosi anak mak yang ni.
Bila ditanya kenapa tu??
Katanya dia sedihkan Ad.....
Risau kan Ad.......
Lagi sadis, dia takut Ad mati!!
Owhhhh la anak.......
Mak yang macho memang terjebak jugak la join Adham bersyahdu2.
Huhuhu......
Tapi at last mak berjaya juga explain kat dia sekian sekian tentang fakta appendic.
Alhamdulillah..... dia faham.
Lebih kurang jam 930 malam, kami sampai di rumah.
Mak pun balik mandi, solat, kemas apa yang patut dan buat susu anak2.
Ayah temankan Ad.....
Dalam sejam selesaikan apa yang patut, mak sampai kat hospital kembali sekitar jam 1040 malam.
Selalunya time macam ni mak memang dah lena.
Hahahaha.
Tapi malam tu, tak ngantuk langsung.
Dalam otak ingat kat Ad.....
:(
 
 
Sekita di lobi kecemasan. Wajah Adham yang risau........
 
 
Dan lebih kurang 10 minit kami berempat di luar, ayah pun wassup.....
"Keajaiban telah berlaku. Ad kembali normal"
Alhamdulillah!! Syukur sangat.
Kata ayah, setelah several test by the specialist - test darah, appendic test yang ala2 yoga dan beberapa lagi, nampaknya punca utama so far Ad sakit perut bukanlah gara2 appendic.
Antara test ala2 yoga tu adalah kena melompat setempat..... pigeon post..... lunges etc.
Jika appendic betul2 memang automatic pesakit akan menjerit sebab tak leh tahan oooo.
Kata doktor, tonsil Ad bengkak....
So ada kewujudan bakteria kat situ dan mungkin telah menyerang limpa dan system usus.
Dan based on ujian darah, memang sel darah putih basophil ke apa ntah naik.
Dan jika ia naik, memang menunjukkan ada unsur2 parasit dalam badan.
Parasit di sini dirujuk kepada cacing!!!
Haaaaa yang tu agak pelik laaa
Anak mak mana main pasir tanah2 ni.
Heran btul la....
Huhuhu....
 
Doktor kata, kalau nak stay ward satu malam pun boleh....
Nak balik pun boleh.
Ayah yang busy dengan kerja opis pilih untuk pulang.
Jadi, pulanglah kami.
Hihihi.....
Doktor suh Ad completekan antibiotik 3 hari di rumah..... dan datang semula Isnin jam 1015 pagi untuk lihat perkembangan Ad.
 

Ad yang ngantuk.... Adham busy inteviu sahabat gaduhnya.... Ad sakit ke... Ad nangis ke? Ad sejuk ke.... Ad takut ke...? Hihihi.....
 
 
3 botol antibiotik...... satu ubat cacing yang kena amik esok dan 3 biji ubat selsema.
 
 
Kami sampai di rumah lebih kurang jam 12 tengah malam....
Anak4 semua bergelimpangan tertidur dalam kereta kecik viva mak.
Hahaha......
Penat jugak !! Tapi lega sebab hati tak risau......
Alhamdulillah............
Terima kasih Ya Allah.
 
Dan pagi Jumaat ni, Ad tak ke sekolah kebangsaan.
Mungkin hanya pergi ke sekolah agama.
Anak2 yang lain sekolah macam biasa.....
Alhamdulillah.................
 
 
 

Tuesday, February 4, 2014

Sekitar Majlis Aqiqah 5 sepupu di Jerteh 31 Januari 2014.

 
Masih mood bercuti sempena raya Cina kah?
Anak4 mak semua dah bersekolah kembali Isnin semalam.
Hanya ayah je yang masih bercuti sebab KL hari ni hari wilayah.
Dan hari ni, segalanya seperti biasa.
 
Khamis 30/1 yang lepas, kami sekeluarga balik ke kampung halaman ayah di Jerteh.
Kepulangan kali ni adalah sempena majlis aqiqah lima sepupu pada 31/1/2014.
Mereka adalah......
Anak bongsu mak - Sarah Aisyah.
Anak kedua ma chik - Raisya Haneen.
Anak pertama mak ude - Nor Asyifa Khalisya.
Anak pertama dan kedua ma long - Mia Arissa Najwa dan Nia Ariana Nadhira.
Anak3 mak yang sebelum ni aqiqah dengan menumpang lembu majlis perkahwinan mak3 saudara je.
Tapi untuk kali ni, nampaknya perlu buat majlis khas sebab Insyaallah lambat lagi majlis perkahwinan akan diadakan kembali di rumah ni.
Hihihi.....
Jadi, pakat2 kongsi la sorang sikit duit 4 beradik yang terlibat ni.
Dan Alhamdulillah selesai dengan jayanya.
 
Disebabkan ini majlis aqiqah anak bongsu mak, jadi mak merajinkan diri untuk tangkap gambar buat kenangan akan datang.
 
 
Aki, Pak Chik dan Ayah menunggu gang2 sembelih pagi2......
 

Tu lembu aqiqah. Saat2 akhir seekor lembu......


Kanak2 yang tak melepaskan peluang untuk menyaksikan aktiviti sembelih lembu. Sarah Aisyah, Mia Arissa dan Sarah Awatif.
 

Mak Ude dan Asyifa Khalisya......

 
Raisya Haneen dan Ma Chik.



Girls yang excited tengok lembu. Belakang adalah Tok Yah.
 

Suasana melapah.....
 
 

 Katuk jangan tak katuk :)
 
 
Ni plak suasana di dapur. Penuh dengan saudara mara dan jiran2 mai menolong apa yang patut.
 

Gulai kawah..... singgang tulang......
 

Panaroma dari wet kitchen nenek.... Mak Ude dan Tok Ma (adik nenek).
 

Aksi mak2 saudara (adik beradik nenek) sarapan pagi. Makan sambil gossip. hahaha.
 

Ni 3 sepupu yang macam belangkas..... hihihi....
 

 
Kemuncak majlis adalah selepas solat Jumaat.
Gang Jemaah masjid yang dijemput hadir ke rumah untuk solat hajat bersama-sama dan berselawat serta cukur jambul anak Ma Long yang baru, Nia Ariana Nadhira.
Dia baru berumur 5 hari je waktu majlis ni dibuat.
Comel kan......
Baik betul dia hari tu.....
Tak nangis pun.....
Macam tahu2 je hari ni majlis dia.
 
 
 
 

Ni je gambar yang sempat di snap ok. Sebab time ni penuh ngan kaum Adam je. Ni pun Ma Chik yang amik. Sure dia pun segan nak beria-ria jadi camerawomen. Hahahaha....... Janji ado....
 
 
Dengan berakhirnya majlis ni, maka semua cucu nenek sudah pun selesai diqeqahkan....
Alhamdulillah.
Ok la.... cukup tara ni....
Moga jadi kenangan.....
 
 

Sunday, January 19, 2014

Pengalaman Demam Denggi Suami Isteri 2014 Part 5.

Sabtu 4 Jan 2014.........
Subuh tu completelah sudah pengambilan antibiotik mak.
Begitu juga ayah.
Pagi2 kami dah bersoksek tentang nak balik umah.
Rasanya kami ni dah ok.
Sambung berehat di rumah la plak.......
Rindu kat anak4.
Huh.
Sekitar jam 10 pagi, kami dilawati oleh Dr Dennis.
Ensem o!! Hahahaha. Sangat bersopan plak tu.
:)
Dr Wan on leave. Jadi Dr Dennis terpaksa cover kerja Dr Wan hari ni.
Dan Alhamdulillah, kami boleh discharge.
Tapi kami kena attend follow up minggu depan.
Ayah dapat mc dua minggu.
Berita gembira ni diberitahu kat keluarga di rumah.
Nenek, aki dan mok ude sekeluarga nak pulang ke Terengganu jap lagi.
Tapi sebelum pulang, nak singgah kat hospital sebentar.
Mak chik sekeluarga pun ada sekali.
Opah dan anak4 tunggu di rumah je.
Dalam kol 12 lebih proses2 untuk discaj settle.
Adik beradik pakat2 tolong bawak barang.
Almaklumlah kami pun bukan sihat sangat lagi.
Bil yang dikenakan memang best!!
Ayah dalam 8k lebih. Mak plak 7k lebih.
Haaahahahaha............
Nasib lah kan.
Tapi Alhamdulillah semua ni dibayar oleh opis ayah.
Jadi ok la.
Kami sampai di rumah sekitar jam 2 petang.
Kami berehat depan tv @ tidoq bersama keluarga.....
Hilang rasa rindu!!
Maghrib tu, mak sembur nyamuk kat umah atas.
Harus lah sembur!!
Mak dan ayah fobia tahap gaban ooo.
Memang kami dah declare perang dengan nyamuk.
Ni mujur lah mak ayah yang kena.
Tak leh bayang kalau anak2 yang kena.....
Sian sangat!!
Settle menyembur Shieldtox langsung pening tahap kroniksss!!
Mak tak leh berdiri ..... semua lampu pusing..... bila baring pun kita rasa terbalik-balik...... dan lagi truk rasa nak muntah sangat!!
Mak dah jadi pening macam nyamuk yang disembur!!
Huhu.....
At last mak muntah jua.
Masa nak muntah tu azab jugak!!
Tengah muntah tu pun mak rasa mak dok tergolek2 di awangan.
Adoiiii aaaa.
Ayah yang tolong mak..... urut..... gosokkan belakang.
Ayah padamkan lampu bilik tidur dan suh mak tido.
Kata ayah, ni symptom vertigo.
Huh......
Mak memang tak de pengalaman pening gila macam ni.......
Truk rasa!! Pening pregnant pun tak truk. Huhu.
Sian kat anak4.
Malam tu depa tido dengan opah dan tok lagi sebab mak tak mampu nak bangun.
Tq my mama and abah.
Alhamdulillah, bangun esoknya pening kronik tu dah hilang.
Tapi tetap ada rasa sket2 lagi.
Menurut sahabat mak yang pernah kena denggi, rasa pening @ weng ni akan hilang selepas 2 minggu.
Wahhhhhh.......
Maka bersabarlah.
Hari ni genap 2 minggu mak dan ayah discharge sepital.
Alhamdulillah sihat sudah.
Alhamdulillah.
Semoga catatan mak hari ni dapat memberi info berguna pada mereka yang memerlukan.
Masa mak ayah demam denggi hari tu, blog blogger2 lah yang banyak membantu kami memahami apa itu denggi.
Pengalaman hari tu memang tak dapat kami lupakan.......
Nanti2 mak story apa tindakan mak dan ayah sesudah denggi.
Ok da daaaa.

Sekian...............


Pengalaman Demam Denggi Suami Isteri + Kencing Tikus 2014 Part 4.

 
Hari keempat di bilik 655 Ward Sapphire ............
Jumaat 3 Jan 2014
 
Hari2 termenung di tingkap wad...
Dalam hati akan bertanya bila nak sihat.... bila boleh discharge..... apa cerita anak4.... bla bla bla.......
 
Macam biasa pagi2 amik darah lagi......
Huhu.... Lebam tangan tak payah cer ok.
Air pun masih di drip lagi.
 
Pagi tu, mak banyak bercakap ngan nenek.
Macam2 la kami cerita.
Hilang rasa risau akan sakit mak .......
 
Tengahari tu Dr Wan melawat lagi.....
Alhamdulillah katanya ayah semakin sembuh.
Doktor dah arahkan untuk buka drip.
Dan kejap lagi, ayah akan keluar icu dan kembali ke wad ni.
Happynya mak!!
Platlet ayah dah naik.....
Dan naik banyak berbanding mak........
Wah.....
Mak naik..... tapi agak slow.
Doktor kata tu normal......
Jadi tak perlulah risau.
Tapi..........
Ada penyakit baru plak!! Report baru keluar pagi tu.
Mak sebenarnya ada kencing tikus!! Arghhhhhhh
Trus pening pas dengar tuh.
Lagi pening, Dr kata bacaan hati mak masih tak cantik lagi..........
Doktor kata, antara hikmah di sebalik demam denggi adalah mak tahu yang mak ada kencing tikus dalam badan.
Dan Alhamdulillah ia di peringkat awal dan boleh diubati dengan antibiotik.
Uhukkkkk.!!
 
Dalam otak trus berfikir macam2......
Aaaaa sudah, tak balik lah aku!! Macam mana dapat ni? Ajal nak jemput aku kah macam Din Beramboi dolu? Bla bla bla.......
Macam2 persoalan !!
Jadi, drip memang tak dapat dicabut lagi.
Sebab mak perlu completedkan antibiotik sehingga esok.
Tiba2 rasa stresss.
Uwaaaaaaa.
 
Aki yang dihantar pak ude datang ke hospital tengahari tu.
Aki dan nenek temankan kami berdua di ward.
Malam tu mak chik sekeluarga datang menjemput nenek dan aki pulang ke rumah mak.
Tapi satu hal sebelum mereka pulang............
 
Mangrib tu tiba2 nurse masuk ke bilik dan kata ayah perlu di drip antibiotik lain plak.
Sebab......
Darah putih ayah naik overshoot dari paras normal.
Jika overshoot, ada tendency yang ada jangkitan kuman dalam badan.
Jadi, darah ayah kena diambil 2 botol untuk tahu macam mana tindak balas darah ayah dan antibiotik.
Ada la besar sos nandos kecil. Huhu....
Dan yang kesiannya, tangan ayah kena dimasukkan drip kembali.
Nampak sangat tersiksa dan sakit.
Sebab tangan ayah memang payah nak cari urat.
Huhuhu.....
Time tu ayah memang nampak sangat gagal mengawal emosi.
Mungkin dia rasa sedih dan sakit tak selesa dicucuk dan amik darah lagi dan lagi.
Dan mungkin dia rasa sedih sebab esok mungkin tak dapat discharge lagi.
Kali ni antibiotik Meropenem digunakan.
Lagi sekali akan dimasukkan subuh nanti.
 
Usai hal tu, kami pun siap2 untuk tidur.
Sebelum tido, kami tetap berdoa moga ada berita baik esok hari.....
Insyaallah.
Mmmmm nak balik..... nak balik.......

 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...